Bila bercakap pasal talian Internet,
sudah pasti ramai yang masih berang dan tidak berpuas hati dengan
pelayan internet masing-masing. Baik dari streamyx, mobile broadband
ataupun p1 WIMAX. Rata-rata penduduk Malaysia tidak berpuashati dengan
servis yang diberikan oleh pembekal talian Internet di Malaysia.
Perkataan yang biasa terpancul dari
mulut pelanggan ialah, “Intenet Lembab”. “Ni lah Internet di Malaysia”.
Malah kadang-kadang pengguna sudah naik letih untuk melaporkan segala
kesulitan yang di hadapi. Suka atau tidak, gunakanlah apa yang ada dan
apa yang mampu di bayar.
16 jam lagi satu lagi talian Internet
akan di lancarkan. Pasti ramai yang sudah tahu dan tidak kurang juga
pada mereka tidak tahu akan kemunculannya. Hari ini YES 4G akan di
lancarkan. YES 4G adalah satu talian internet 4G yang baru di Malaysia.
Ianya adalah satu projek yang besar di bawah naungan YTL Comms anak
syarikat YTL. Projek ini adalah satu projek Mega yang di bangunkan oleh
YTL untuk memperbaiki mutu talian Internet di Malaysia.
Ramai rakan-rakan atau vendor-vendor IT
sudah menyampai berita ini pada awal tahun. Mereka mengatakan, tahun
2011 YTL sedang membangunkan satu talian Internet Jalur Lebar yang lebih
pantas dari broadband yang ada sekarang. Ianya adalah satu revolusi
yang baru bagi Malaysia.
OK. Apa itu Yes 4G? Yes 4G adalah satu
talian Internet yang berasakan 4G. Jika sekarang kita sibuk dengan 3G,
kini Yes muncul dengan satu teknologi baru 4G. Ianya 3 hingga 5 kali
ganda lebih pantas daripada 3G. Ianya boleh di capai sehingga 11Mbps.
Wah lajunya. Yes 4G di bangunkan khas untuk penggunaan melayari
internet, memindah fail, mengakses video dan membuat panggilan sekaligus
dengan lebih pantas. Semua ini boleh di lakukan dalam masa yang sama.
Yang paling penting ianya lebih pantas dan lebih berkualiti. Ini janji
dari YTL Comms sendiri.
Shaffik.com ada mendapat sedikit
maklumat dengan salah seorang staff Yes 4G. Aku terjumpa nama dia di
laman facebook 3 hari lepas. Aku juga ada bertanyakan beberapa perkara
yang mustahak sebagai pengguna Internet. Ikuti pertanyaan dari
Shaffik.com. Dia menjawab dalam Bahasa Inggeris harap kawan-kawan semua
bolehlah laa faham ya. Aku serta sedikit terjemahan dari jawapan beliau.
1) Berapakah kelajuan YES 4G? Yang saya tahu, ianya 5x lebih laju dari 3G? Boleh terangkan tak?
“We are 3 to 5x faster than current
3G networks. As for our full speed, we achieved 11mbps at the Yes Brand
launch demonstration. Stay tuned for when we release video on comparison
speeds.” (Kelajuan kami adalah 3 hingga
5x ganda lebih pantas dari rangkaian 3G. Ianya boleh mencapai sehingga
11mbps. Nantikan video perbandingan kelajuan dengan broadband yang lain)
2) Saya tinggal di Ulu Tiram
Johor. Adakah coverage YES 4G di kawasan berkenaan. Buat masa sekarang
hanya P1 WIMAX, CELCOM and MAXIS yang cover untuk tempat berkenaan.
“When we launch we will have 65%
coverage. It will cover major cities, town and highways. For exact
coverage locations, it will be up online once we launch”. (Setakat
hari pelancaran, rangkaian kami telah meliputi 65% seluruh Malaysia. Ia
meliputi negeri, bandar-bandar utama dan sekitar lebuhraya. Kawasan
liputan akan di paparkan di website kami setelah dilancarkan). Masuk ke
Ulu Tiram dalam list tu ya?
3) Apa bezanya YES 4G dengan rangkain P1 WIMAX 4G?
“Yes 4G is mobile WiMAX whereas P1
is fixed WiMAX. Mobile WiMAX has a lot of room for scalability so even
when subscribers increased, it can still be scaled upwards to
accommodate.“ (Yes 4G adalah
mobile WiMAX manakal P1 adalah Fixed WiMAX. Mobile WiMAX mempunyai lebih
banyak ruang yang boleh di tambah atau di perluaskan selagi mana ia
mampu di tampung oleh sistem itu sendiri)
4) Berapakah yuran langgan untuk rangkaian YES 4G?
“Our rates are 9sen for 3MB. And 9
sen for a SMS or 1 minute of calls. And that is not all, we also have a
rebate structure that will be revealed when we launch”. (Tarif
kami adalah 9 sen untuk 3MB dan 9 sen untuk SMS atau 1 minit bagi
setiap call. Bermakna 1GB bersamaan RM30.Ermm mahal jugak tu. Ia belum
di putuskan sepenuhnya. Kami akan menstruktur kembali caj ini dan hanya
akan di diberitahu semasa pelancarannya nanti).
5) Adakah saya perlu mendaftar talian 018 untuk menikmati rangkaian YES 4G.
“Our pre-registration is closed, but you can still register for Yes once we launch. Registration is at www.yes.com.my“ (Pra pendaftaran telah pun ditutup. Tetapi anda boleh lagi mendaftar setelah di lancarkan nanti)
6) Apakah device yang di gunakan untuk YES 4G? Adakah seperti modem streamyx atau modem broadband maxis/celcom atau macam mana?
“We
have many devices to use Yes. We have a USB Dongle called the Yes Go.
We have a Mobile WiFi hostpot called Yes Huddle. We also have a WiFi
gateway for home and office use called the Yes Zoom. Our 4G phone at
launch is called the Yes Buzz”. (Kami
mempunyai pelbagai peranti. Kami punyai USB Dongle yang di panggil Yes
Go. Kami juga mempunyai Mobile WiFi Hostspot yang di panggil Yes Huddle.
Kami juga mempunyai WiFi Gateway untuk kegunaan rumah atau pejabat yang
di panggil Yes Zoom. Dan akhir sekali kami juga akan melancarkan
telefon 4g kami yang di gelarkan Yes Buzz.)
7) Bagaimanakah semua ini
berfungsi? Seperti yang tertera di laman web YES.MY, kita boleh gunakan
untuk call, voice dan data? Boleh tak terangkan serba sedikit secara
teknikalnya?
“We will have an application that
you can use to make voice calls even if you are on your PC. Charges will
be the same and so will SMS. That means you do not have to use our 4G
phone to enjoy all of Yes services. In fact, people can even call you on
your PC by dialing your 018 number. Just like if they were calling you
on your handphone”. (Kami mempunyai satu
aplikasi yang boleh digunakan untuk panggilan walaupun anda berada di
komputer anda. Caj yang dikenakan sama dan begitu juga dengan SMS. Ini
bermakna anda tidak perlu menggunakan telefon 4G kami untuk menikmati
kesemua perkhidmatan YES. Orang lain juga boleh menghubungi kamu dengan
mendail no 018 anda. Ianya seperti berbual di talian telefon. )
Kesemua
soalan aku telah pun di jawab. Apa yang boleh di katakan, Yes 4G
semangnya akan menjadi pesaing hebat untuk broadband lain. Bukan setakat
laju, tetapi perkhidmatan suara dan video yang boleh di gunakan dalam
waktu yang sama, sudah pasti memberikan sesuatu yang baru serta menarik
untuk rakyat Malaysia. Tetapi tiada seorang pun yang sudah mencuba
menggunakan Yes 4G. Harap apa yang di janji akan di kotakan. Usah hanya
tabur janji tetapi sokongan di belakang hari amat mengecewakan. Yes 4G
sila ambil perhatian. Harap ianya satu revolusi pada dunia Internet di
Malaysia. Jika benar apa yang di janjikan, sememang projek ini akan
berjaya sepenuhnya. Sama-sama kita lihat performancenya nanti.
*** Nampak
gayanya lagi banyaklah blogger-blogger baru akan muncul. Lagi banyaklah
peniaga-peniaga akan menumpukan pemasaran mereka di dunia Internet. .....
YES BROADBAND 4G GO, HUDDLE & ZOOM
Apa itu YES?? YES
ialah broadband mudah alih yang menggunakan teknologi 4G dan ini
bermakna kelajuannya sangat menakjubkan. Lihat video test speed
broadband YES dibawah.
Amacam?laju kan.. tapi sebelum korang nak beli dinasihatkan korang untuk COVERAGE CHECK disini
dulu. Kalau tak ade coverage tu tak payah la beli.buang duit je..memang
takkan dapat guna pun. Tapi walaubagaimana pun memang YES sedang
berusaha untuk meluaskan lagi coverage mereka di seluruh Malaysia. Kalau
tempat korang tak ade coverage tu mungkin tak lama lagi ade la tu. So,
tunggu jelah yer..
Apakah tujuan broadband YES nih sebenarnya??
Okey, asalnya YES ni adalah untuk
memudahkan individu2 yang suka travel ke sana ke sini. Oleh sebab itu
kalau korang perasan dekat COVERAGE CHECK
tu sepanjang highway utara-selatan ada coverage. Tapi tak bermakna
kalau korang bukan kaki travel tak boleh guna YES boleh jer asalkan
tempat korang ada coverage. Tu je..
Mahal ke tak YES nih?
Jawapannya dengan harga serendah hanya
RM48/sebulan korang boleh dapat kelajuan yang sama macam dalam video kat
atas tu. Ni disebabkan YES tidak meletakkan perbezaan speed di setiap
pakej yang mereka tawarkan. Setiap pakej yang ditawarkan speed boleh
mencapai sehingga 20mbps namun perbezaannya ialah kuota penggunaan.
Lihat gambar dibawah.
Pakej-pakej YES |
Namun tidaklah bermaksud bila habis
kuota korang dah tak boleh guna internet. Masih lagi boleh guna, tapi
seperti biasa speed akan reduce hingga ke sekitar 1mbps.
Pakej-pakej YES
- Bayaran pengaktifan RM100 + RM50 bayaran advance (Bayaran advance RM50 akan dipulangkan dalam bil pertama)
- Kontrak 12 bulan
- Untuk penggunaan seorang sahaja
- Bayaran pengaktifan RM100 + RM50 bayaran advance (Bayaran advance RM50 akan dipulangkan dalam bil pertama) + bayaran pendahuluan device RM200
- Kontrak 20 bulan. RM10 akan ditolak dari bil setiap bulan sehingga 20 bulan.
- Mudah alih, wireless, boleh dibawa ke mana2 dan maksimum pengguna sehingga 4 orang.
- Bayaran pengaktifan RM100 + RM50 bayaran advance (Bayaran advance RM50 akan dipulangkan dalam bil pertama) + bayaran pendahuluan device RM200
- Kontrak 20 bulan. RM10 akan ditolak dari bil setiap bulan sehingga 20 bulan.
- For home or office users, wireless, maksimum pengguna boleh mencapai sehingga 20 orang.
thats lie i use and when quota finish drop 16kbps
ReplyDeleteAll yes4g devices has a tendency to fail after 1 to 1.5 years of usage - Especially Yes go & huddle.
ReplyDeleteFor my case, it's the Zoom - spoiled after using it for 1 year and 3 months, where my contract still bonding me for another 9 more months - so i can not get replacement of the device as they only warranty for a year, and if it's just too expensive to buy a new one - RM400.
Macam menarik je http://infosantai2.blogspot.com
ReplyDeleteBukan unlimted qouta arrr...
ReplyDeleteBill bayar 2hri dah line xdak pon lg
ReplyDeleteMenarik apa?? Macam haram jadah bayar bill 2hari dah line xbuka
ReplyDeleteMenarik apa?? Macam haram jadah bayar bill 2hari dah line xbuka
ReplyDeleteREGISTRATION: Maxis Fibre, TM Fibre, Time Fibre, Wired ISP (Others)
ReplyDeletejahanam,aq pnye akaun over limit.
ReplyDeletedah terminated acc.skrg nak tnye kena bayar full atau separuh pon blh?
jahanam,aq pnye akaun over limit.
ReplyDeletedah terminated acc.skrg nak tnye kena bayar full atau separuh pon blh?
Org nak unlimited... mcm streamyx zzzzzz
ReplyDeleteOrg nak unlimited... mcm streamyx zzzzzz
ReplyDeletelanggan la yes home fiz broadband sebulan rm104 siap gst dan aktifkan dgn bayaran rm106 siap gst
ReplyDeletepakej fiz ni unlimited tp guna kat rumah je satu lokasi speed 1Mbps
ReplyDeleteaku lagi syok langgan yes rm68 sebulan aktif hari pertama lajulaa..hari keduia kuota anda telah emncapai 100% sila tambah kuota....mutuh eh
ReplyDeleteWhat is the speed in seremban2
ReplyDelete